Wednesday, January 28, 2009

Penerbangan yang abadi....

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan kesebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidakterdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran danAl-Hadith.



1.penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.


2.bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj

lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.


3.bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kainputih cotton.


4.pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.


5.pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.


6.visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah' .


7.pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.


8.layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.


9.destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah

perkuburan.


10.ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.


11.pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya

memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland , Paris atau London

tetapi samada Syurga atauNeraka.


12. tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.


13. lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.


14.destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atauNeraka Jahannam.


15.Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak

akan dihabiskan.


16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan

disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.


17.Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada

masanya.


18.Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.


19.Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam

rahim ibu anda lagi.Ya! Berita Baik!!


20.Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang

penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!Hanya ingat!!

Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat!


Nama anda telah ditempah untuk penerbangan.....




Penerbangan Yang Abadi....

=)


May Allah always be with U..Always...

4 comments:

  1. p0jie,
    flight ak ko da buk ke??
    wawawa~~

    ReplyDelete
  2. huh~rasa takut lak nak naik kapal terbang...

    info yg sgt2 terasa T-T

    ReplyDelete
  3. haha~
    relax r.
    ini perumpamaan.. =)
    hee~
    mungkin ter'hyperbola" sket. tapi, it is a reality rite?
    face it.. ~
    huu~
    tkt gak aku..
    MasyaAllah~

    ReplyDelete