Sekian lama tidak menulis. menjadi kekok sementara.
Peluang yang ada, ku gunakan untuk mengarang catatan ini. Ku merasakan, satu lembaran baru perlu dibuka, perlu diteliti dan perlu dikongsi bersama rakan-rakan ku, kawan-kawan ku, sahabat-sahabatku, teman seperjuangan dan khalifah-khalifah di sekeliling ku. Apa yang terlihat, diceritakan, didengari, diperhati dan dirasai oleh seorang pemuda ini mungkin boleh dijadikan panduan dan renungan buat teman yang lain.
Segala yang terjadi kini, membawa kepada akibat dan penyebab kepada apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Segala yang terjadi mestilah dengan keredhaan-Nya. Apakah kita hanya mampu berkata begitu? Apakah kita telah menyalahkan-Nya atas menyebabkan itu terjadi? Segala yang terjadi punya hikmat dan khasiat tersendiri. Setapak kaki melangkah, membuahkan keinginan yang tersendiri. Apakah setapak yang dilangkah akan membawa kepada kebaikan atau sebaliknya? Benar... Dia menetukan.. Qada' dan Qadar. Tapi apakah itu juga mahu kita jadikan alasan untuk segala rantaian peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang?
Akal dikurniakan, sebaik-baiknya dimanfaatkan. Segala permulaan yang hebat belum tentu mempunyai kesudahan yang diimpikan. ..
Mungkin catatan pertama ini agak kurang kemas dan membuahkan pertanyaan.
Tapi, apakah suatu pertanyaan itu akan terjawab dengan kata-kata? Ia boleh terjawab dengan apa-apa cara.
kembara pemuda ini telah bermula~
menyusun langkah dan kata-kata...
memerhati alam dan kejadiannya.
memerhati hidupan dan kelakuannya.
mencari jalan penyelesaian dan kesudahannya.
memperkemas kata-kata, kadang kala tanpa titik noktahnya...
Sekian~
alkisah tersebut la kisah...
ReplyDeleteceritera fauziey bermuala..
haha
ReplyDeletesengal punyer paan
=P
memang benar,
ReplyDeletesegalanya dibawah kekuasaanNya,
dibawah ketentuanNyam,
didalam qada' dan qadarNya,
sehingga ada dikala waktum
kita menyalahkan takdirNya,
seolah-olah Allah tersilap dalam perkiraanNya,
Masyallah!
kita terlupa bahawa Allah memberi kita satu kelebihan,
yang membezakan kita dengan makhluk yang lain,
iaitu PILIHAN,
manusia diberi kuasa mutlak untuk memilih,
dan berdasarkan pilihan itu,
hidup kita akan ditentukan,
ada pepatah mengatakan:
"kill a butterfly and tomorrow thousands of people will they"
setiap pilihan yang kita lakukan,
akan memberi kesan pada masa kan datang...
...perh,panjang lak celoteh
first time aku hantar comment panjang macam ini...
nice post,by the way, I like it!