Wednesday, March 4, 2009

Ku harap, kesedaran ini adalah untuk selamanya...

Hari-hari akan datang, aku tempuh macam biasa...
Hari 2, aku rasa sangat2 lain. gembira seperti biasa.
Tapi, dgn kehadiran suatu perasaaan berlainan.

Apa ni??? hmm.. rempuh jer.

bermula hari dgn kelaparan. (xsarap... huhu~)
kelas tissue culture datang lambat lak~
huu~
(nasib baik lecturer ok~ hehe~)

hari ini, perbincangan aku dgn Din byk bercerita mengenai apa yg terjadi pada dunia dan senario manusia sekarang. Yelah, dah nak kerja kan pas 3 tahun ni. Ilmu dan pengalaman perlu ditiba sementara sempat. 
Bila mana kami balik saja dari lunch di restoran sekitar Kampus, suatu kejadian yg xaku sangka berlaku.

Sambil memandu kereta, terlihat kelibat beberapa manusia di satu sudut di simpang tiga di hadapan kampus. KEMALANGAN.
melihatkan penunggang motorsikal itu rebah ke bumi dan motorsikal nya rosak truk, aku n Din terdiam.....
Badan mangsa menggeletar... 

Astaghfirullah...

melihatkan ramai org di situ membantu, membantutkan niat ku untuk turun menolong. Walaupun berasa serba salah meninggalkan tempat kejadian....
tidak tenteram hari itu. teringatkan mangsa. Harap2 dia selamat...
Al-fatihah saja dapat ku bacakan untuk mendoakan dia selamat dan dapat meneruskan hidup.
malamnya, kelas teori Ko-Kurikulum ada macam biasa. kelas malam...
hmmm....
Bila mana Lecturer selalu bercerita mengenai klien2 nya (beliau seorang kaunselor..), ku mendengar dgn pnuh perasaan.

Kesedaran tertimbul....

Beliau bercerita(lebih kurang):
Klien beliau, seorang pelajar, 16tahun. tinggal di Bentong. Terlibat dgn lumba haram. pada satu hari ni, saya ada appointment dgn dia. membincangkan mengenai masalah nya. ini sudah kali ketiga, sesi saya dgn klien 2. kebiasaannya, sesi saya mengambil masa dalam 15mint ke 1 jam. tapi, kali ini, hampir 2 jam. klien itu sgt2 excited mahu bercerita mengenai dirinya.sgt2 gembira meluahkan rasa hati. dia berkata kepada saya juga....

"Tuan, saya ingat, lepas ni, saya xnak lumba2 lagi lah. Saya nak bawak perlahan2 je lepas ni. lagipun, lepas ni saya nak jalan jauh...."

Baguslah dia dah sedar, kan... 
Keesokannya, saya dpt panggiln, dari balai polis mengatakan, klien itu meninggal dunia....
Lumba haram...
Ini membuktikan, manusia hanya berkata kata. apakah tindakan yang telah diambil? apakah kesedaran sebenarnya timbul? TIDAK.
Mengikut maklumat seorang kenalan yg dekat dgn mangsa, bila mana diberitahu kpda ayah mangsa, di rumahnya bahawa anaknya terlibat kemalangan... reaksinya...

"Haa.. bagus la 2! Pergi mampos cepat2! Menyusahkan orang saja..."
kenalan menjawab : anak ko dah meninggal dunia...

DIAM SERIBU BAHASA.....

Kata2, tinggal kata2...

Cerita beliau sangat2 menyentuh perasaan ku.
dengan kata2 beliau yg sgt2 mendalam...
hari ini, byk ku belajar, ilmu rohani...

Hmm.... kata2 xdpt diteruskan. fikir2kan la apa korg dapat dari cerita ni ek~
=)




May Allah be with U~
ALWAYS~

pesanan n kata2 lecturer malam itu:

- "daripada kajian saya, kebanyakan ibubapa tetap akan rasa bersalah, atas segala kejadian yg berlaku ke atas anak mereka, walaupun bukan salah mereka"

- "manusia xkira macam mana sekalipun, mungkin dah dapat tahu, bila ajal mereka akan sampai. cuma dia dan Pencipta nya saja tahu"

- "Tindakan dan kata2 tidak sama"

p/s: Satukan tindakan dan kata2, ia mungkin kunci pada segala-galanya....


5 comments:

  1. mmg...kata2 dan tindakan adalah berbeza...
    jadi poji,kalau dulu aku kata ko teruk ke,sengal ke,buruk ke...
    ketahuilah aku tidak berniat sedemikian...
    ketahuilah juga maksud aku mungkin lebih teruk daripada itu,HARHARHAR~

    anyway,just joking...
    another yet a touching story...
    bagus2 :)

    ReplyDelete
  2. hmm.membawa maksud yang dalam cite nie.

    ReplyDelete
  3. Arif~
    Apa da... arif xhabis2 bahan aku~
    huu~

    Izzaty~

    =) Thanx!

    Paan~

    dalam dow paan. ko xrasa apa aku rasa...
    tunggu r nanti, bila rasaku ini rasamu... (hehehe~)
    =P

    ReplyDelete