Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Saturday, September 19, 2009

Selamat hari raya Aidilfitri.. Kemaafan dipinta...

Alhamdulillah,
setelah sebulan berpuasa penuh tanpa byk kesulitan yg mengganggu,

dah nak raya dah pun..

terasa sekejap gila puasa... (ya Allah....)

huu~

bila time melalui Ramadhan, bkn main terasa lagi kedatangan dia. rasa mcm lama.
tp, bl dah nak habis, rasa mcm kejap je. huu~!
(~.~)

so, it is... Hari Raya Aidilfitri...

tahun ini, kali pertama... ulang suara, kali pertama! hee~!

ku berada di rumah ku pada pagi raya.. =)

gila lain dow rasa!
=)
It's kinda fun..!

(bdk2 lain dah kuar Shah Alam, ak yg masih dok lg kat SA ni.. hehe~)

who cares.. ni tmpt ak. =)



ditujukan khas buat semua yang mengenali saya..
(SKTSA'ians, TERENDAKians, UNISELian, cikgu2 saya, pensyarah2 saya, dan lain2 yang mengenali diri saya yang sangat lemah ini...)



Pada kesempatan ini, setelah mendengar ucapan daripada penyimpan mohor2 besar raja2 berkenaan dgn tarikh hari raya aidilfitri, (AHAKS~)
saya ingin mengucakan,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN....


moga kita akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki pada hari2 yang mendatang..

InsyaAllah..

Di sini, saya juga ingin menyusun 10 jari saya (Alhamdulillah, cukup jari aku....) memohon ampun dan maaf yang teramat sangat dari hujung rambut sampai hujung kaki............

(jgn lak sape2 yg baca ni xmaafkan ak lak klu dia botak~)

atas segala silap dan salah saya.. segala kekhilafan, terkasar bahasa, terguris, tercalar, tertikam mahupun terkecil hati.. saya minta maaf sangat2...
(moga Allah memberkati kita semua~)
Halalkan segala makan minum yang diberi, segala tunjuk ajar, ilmu dan pengetahuan yang berguna... minta dihalalkan segalanya..
(kalau ak ada hutang korg, bgth ye~) =p


semoga ukhuwah antara kita akan berkekalan hingga akhir hayat...
InsyaAllah~
=)

May Allah and the force be with us all.... ALWAYS~




P/S: I'll be offline for a couple of days.. i'll stick to the way a kampong is.. no internet.. hee~
peace... damai.. aman.. jgn ganggu ak! hahaha =P

A rushing week~ yet memorable~

assignment -CHECK
berbuka dgn member - CHECK

Urusan MPP - Undone.. KIV (sambung pas cuti raya~)

assignment baru - KIV (hehe~)

(>.<)

so, there it is! dah nak cuti raya dah pun.
Ramadhan pun berlalu meninggalkan aku keseorangan.. huu~
kejap nye rasa.. dah habis Ramadhan.. nak Syawal dah...
Alhamdulillah.. puasa ok
(harap2 semuanya ok until the end of Ramadhan)


A week before cuti raya..

A little bit rush coz urusan mpp xsiap lg..
Diberi projek, uruskan jamuan raya akan datang. so, sepatutnya, I am not in to this. tp, sape nak jd pengarah program time2 mcm ni..
huu~

(kesuntukan masa kot..)

the event will be scheduled to start on 5th october.
nice~
heee~

Isnin -
kelas xd.. seharian duduk di HEP. (u'll know what i'm doing in HEP~)
pn aisyah panggil untuk discuss pasal jamuan. so, it when great...
(lama gila bincang~)
mlm, berbuka.. pn aisyah blnja kat INTEKMA resort
(thnx madam~) sgt2 knyg n sdap! heee..



mlm, balik siapkan assignment biochem.. ( duh.. xsiap2! huuu~)

selasa -

ada kelas penuh sehari.. aku overslept.. (duh~)
tertinggal kelas biochem..

(just nice.. sucks~)

petang, 3 hour class... microbiology. (lecturer pun mood raya.. haha!) =P
bought the textbook of microbiology from lectrr.. GREAT.. tebal gila weh!
Hempuk orang leh pengsan dowh~ (>.<)

berbuka dgn my classmates kat restoran Qaseh..




(gila kenyang weh... agak worth it laa bayar) =)
this is the last available day my classmates blh berbuka sama2..
(although lia n aja xd~)

so, we went break fast together~


thanx nadia coz tempahkan tempat.. (never been there..)
^.^ nice really~

pas berbuka, balik kampus.. sembahyang maghrb, isya' (terawih lmbt skit hr ni..)
then, main bunga api n mercun dgn classmates..
bdk2 ni kempunan nak main. haha! =P

(the place of our playground malam itu perlu dirahsiakan.. hehe~ sshhhh! ) =P




then, I have scheduled earlier a meeting with the jamuan raya committee about 9.30pm...
so, it went great although a little bit rushing..

all the exco can give cooperation.. Thanx 4 supporting guys~ =)

the meeting ends 12.15am..
back home, cant sleep.. huu... I am restless~


Rabu -

It suppose to be a little "heaven" this day as it has no class scheduled in my time table. but, have to go to HEP.. =)
AGAIN~ meetng with pn. aisyah.... a whole day.... ~.~
talk about the jamuan n other mpp stuff~ (Important~)

i'm trying to get that proposal for the jamuan raya to be approved ASAP..
(I really wanted the budget before holidays..)
but, i guest i cant.
(ok, plan B~...)
~.~

but, a good news, TNC dah tahu hal ni n my proposal bakal approve.. GREAT~ =)


Khamis -

I get my proposal back... (and the letter nak mintak budget)

today, mmg xd kelas.. sume dah dibatalkan...
ramai dah balik, ak je yg tercengang kat kampus.. haha!

so, menolong exco penajaan yg kelam mencari penaja..
(again, a day at HEP~)


*dah start nak dmam dah ni...
balik, tdo... huish~ restless~

so... off then.. jumaat berehat di rumah... I'm kinda getting into the mood of raya..
but, mcm dmam je.. so, a whole day sleeping.. aahh... relief~


Now I can see many things I cant..

Upgrade urself fauzi... =)

(gila tol cakap dgn diri sendri~)
=))


btw, the nite main bunga api 2 was great! heee.. mkn kenyang2.. smbhyg2.. pas2 main bunga api. mcm sengal je... amek gmbr pun mcm bdk kecik je..
(korg ni, bl laa nk matang~ wkaakaka!)

lol~

May Allah and the force be with you~ always~
Cheers~

Saturday, September 12, 2009

Final Perlawanan bulan Ramadhan

Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.
Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.
Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.


* i got this story from zanna on facebook. (she tagged me in her notes~). thanx 4 sharing zanna..

she got the story from one of the writer in iluvislam.com..

interesting ain't it?


May Allah and the force be with us all~

=)

Saturday, September 5, 2009

Pendayung sampan dan Saintis??

Suatu hari seorang profesor menyewa sebuah sampan untuk membuat kajian di tengah lautan.Pendayung itu merupakan lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana dia tidak mahu orang yang menemaninya banyak menyoal tentang apa yang dia lakukan.

Dengan tekun Profesor itu melakukan tugasnya tanpa menghiraukan pendayung sampan. Dia mengambil air laut dan diisi kedalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku catatan dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan mendongak ke langit, memandang pada awan yang mula berarak kelabu. Dalam hati dia berkata “Hmm..tak lama hujan lebat akan turun..”
“OK semua sudah siap mari kita balik.” Lantas pendayung itu memusingkan sampannya dan mula mendayung ke arah pantai.

Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur pendayung sampan.
“Dah lama kamu mendayung sampan?” Tanya Profesor kepada pendayung sampan. “Hmm..hampir seumur hidupku,” jawab si pendayung ringkas. “Seumur hidup kamu? Jadi kamu tidak tahu apa-apa selain mendayung sampan?” tanya Profesor itu lagi. “Ya..”jawab pendayung sampan dengan ringkas.

Profesor belum berpuas hati dengan jawapan pendayung tua itu.
“Kamu tahu Geografi?” Si pendayung menggeleng..

“Kalau begitu kamu hilang 25% dari usia hidup kamu.”

“Kamu tahu Biologi?”tanya Profesor itu lagi.
Pendayung sampan itu menggeleng lagi.

“Kasihan kamu telah kehilangan 50% dari usia kamu.”
“Kamu tahu Fizik?” Profesor itu masih bertanya. Seperti tadi pendayung sampan itu hanya menggeleng.

“Sungguh kasihan kalau begitu kamu telah kehilangan 75% usia kamu.
Malang sungguh nasib kamu semuanya tidak tahu. Seluruh hidup kamu hanya dihabiskan dengan sampan,tak ada gunanya lagi,” Profesor itu mengejek danberkata dengan angkuh setelah merasakan dirinya yang terhebat.

Pendayung sampan hanya mendiamkan diri.
Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebat, tiba-tiba ombak besar datang melanda. Sampan yang mereka naiki terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu bertanya,
“Kamu tahu berenang?”
Profesor hanya menggeleng.

“Sayang sekali kamu telah kehilangan 100% nyawa kamu.”
Kata pendayung itu sambil berenang ke pantai meninggalkan Profesor yang angkuh tadi..
(^.^)

p/s: haha... just got it from my email... a friend of mine forward it. kinda nice... hee~
so, dont be too arrogant of what u have or what u got. Knowledge that Allah gave to us to the world is just a liiiiitle bit of what Allah have...
little...
very little...

May Allah n da force be with us all....







Thursday, August 6, 2009

Aku Melayu~ haha~ =))

Sedang2 aku merehatkan diri, aku terjumpa satu karya ni~ (xth r sapa yg buat~) huu~ tp, rasanya, kita patut renung2kan~ bacalah! =)

Aku Melayu?
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu

Aku Melayu?
Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you

Aku Melayu?
Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap diaorang kata,
I ni, gelojoh you...

Aku Melayu?
Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau

Aku Melayu?
Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)

Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu

emel daripada kenalan~
hmm...
jati diri?? kuatkan lah ye kawan2. (termasuk aku~)

tetb teringt rintihan seorang kawan fmts tadi, masa tgh nak terjemahkan satu kerje ni. (dia nak tafsirkan artikel 2 ke bahasa melayu dari bahasa inggeris)
"pergh.... aku sedey dow... bende senang mcm ni pun, tafsirkan BI ke BM pun, aku xblh fikirkan ayat2 yg bombastik atau perkataan yg sesuai dgn apa yg ak nak. rasa mcm xpernah baca BM... kecewa n malu gl aku. mcm SPM dl, mcm2 ayat2 bombastik aku ingt"

hmmm.... melayu dah kehilangan jatidiri??
xmungkin.. kita cuma xsedar yang kita di"hilang"kan jatidiri kita secara halus (sedikit demi sedikit~)
so, lihatlah sekeliling kawan2...
sebenarnya, setiap perubahan sangat2 bagus jika ia dilakukan. tp, kdg2, bl perubahan dan pembaharuan itu dilakukan, kita lupa untuk berpegang pada akar umbi dan pegangan yg sepatutnya menjadi panduan pada kita.
(nasihat ni untuk aku gak sebenarnya~)
hmmmm....

may Allah n the Force be with U~
Always~

(^o^)