Tuesday, February 24, 2009

001 ~ Catatan Kembara Jalanan Seorang Pemuda (KEMBARA BERMULA)

Sekian lama tidak menulis. menjadi kekok sementara.

Peluang yang ada, ku gunakan untuk mengarang catatan ini. Ku merasakan, satu lembaran baru perlu dibuka, perlu diteliti dan perlu dikongsi bersama rakan-rakan ku, kawan-kawan ku, sahabat-sahabatku, teman seperjuangan dan khalifah-khalifah di sekeliling ku. Apa yang terlihat, diceritakan, didengari, diperhati dan dirasai oleh seorang pemuda ini mungkin boleh dijadikan panduan dan renungan buat teman yang lain.

Segala yang terjadi kini, membawa kepada akibat dan penyebab kepada apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Segala yang terjadi mestilah dengan keredhaan-Nya. Apakah kita hanya mampu berkata begitu? Apakah kita telah menyalahkan-Nya atas menyebabkan itu terjadi? Segala yang terjadi punya hikmat dan khasiat tersendiri. Setapak kaki melangkah, membuahkan keinginan yang tersendiri. Apakah setapak yang dilangkah akan membawa kepada kebaikan atau sebaliknya? Benar... Dia menetukan.. Qada' dan Qadar. Tapi apakah itu juga mahu kita jadikan alasan untuk segala rantaian peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang?
Akal dikurniakan, sebaik-baiknya dimanfaatkan. Segala permulaan yang hebat belum tentu mempunyai kesudahan yang diimpikan. ..

Mungkin catatan pertama ini agak kurang kemas dan membuahkan pertanyaan.
Tapi, apakah suatu pertanyaan itu akan terjawab dengan kata-kata? Ia boleh terjawab dengan apa-apa cara.

kembara pemuda ini telah bermula~
menyusun langkah dan kata-kata...
memerhati alam dan kejadiannya.
memerhati hidupan dan kelakuannya.
mencari jalan penyelesaian dan kesudahannya.
memperkemas kata-kata, kadang kala tanpa titik noktahnya...

Sekian~

Monday, February 23, 2009

Pertengahan semester~

setelah lama menyepi..
hehe~
busy giler kebelakangan ni.

bertapa di dalam bilik, menelaah dgn tidak seberapa segala buku-buku ilmiah yang tebal-tebal belaka, tidak bermaya..

huuu~

mana mood ni...
selalu ilang.
orang tua kata, nak study, xpayah mood. study jer. nak cari mood, sampai bila xjumpe.
huu~
Pedas dow....

(meneguk air kosong)...
Aah...
(sambung taip)

Cuaca di Bandaraya Shah Alam kini sangat2 panas, dengan catatan tertinggi adalah pada suhu 37 darjah celcius.
(giler dow!)
panas dan kering.
air kosong 7-8 gelas sehari xmemadai untuk menampung kandungan air badan ku yang makin kurus. (Exercise makin kurang).
aduih~
bergelut dengan masalah kewangan (MARA xdapat2 lagi setelah hampir 1 setengah sem), masalah persatuan Khidmat masyarakat dan masalah peribadi.... sangat menguji mental dan fizikal aku.
beberapa kali dapat merehatkan diri di taman tasik sangat2 ku manfaatkan untuk menenangkan diri ini.... (kura-kura kat taman tasik 2, sangat2 setia menemani aku yang keseorangan di tasik. sejak dari dulu, bila aku ada di tasik, emsti ada kura-kura akan naik. best!)

huih...


Ok~ baru start cuti pertengahan semester (budak UNiSEL jer)
seronok gak. tapi, mungkin hari2 mendatang akan memboringkan... mungkin x...
nothing more.
until next time. salam..

* nak pergi Konsert Alam M. Nasir, kewangan xstabil lagi.... sedih betul...
dah la dia jarang buat penampilan sekarang... He's a legend dow~
ada sape2 nak belanja aku x? heee~ =)
XD

Tuesday, February 3, 2009

Ceritera~ "Abang nak kuih??"

Ceritera ini berkenaan seorang pemuda.. dan budak yang menjual kuih`

Read and learn guys~ =)

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

‘Abang nak beli kuih?’ Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik…Abang dah pesan makanan,” jawab saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya… ” Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik… Kakak atau makcik.” Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang”, katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

” Ambil ni dik! Abang sedekah… Tak payah abang beli kuih tu” saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
“Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!” kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

“Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. “Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang…..!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!